Duhai hati seorang pejuang...........


Ingatan buat diri sendiri dan pembaca sekalian.Semoga dapat dimanfaatkan..



katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...

insyaAllah sama2 lah kita beringat-mengingati...

Diedit daripada : Ukhti Huda (http://www.husna89.blogspot.com/)

Read more


Bolehkah wanita berdakwah dengan nasyid?


Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InsyaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasyid ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?


Suara Wanita

sumber di petik daripada : www.zaharuddin.net

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.


Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu


أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)


Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.


Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.



Berubah Menjadi Aurat


Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.


Inilah perbincangan saya.


Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.


"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya


" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.


"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.


"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga


"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.


Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.


Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.


Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.


Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.


Entah apa yang merasuk mereka..


Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :


"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"


"siswi mana" tanya saya


"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu


Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !

Teringat Di Jordan

Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?

Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.

Amaran Allah


Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-


فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)


Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )


Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)


Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.


Suara Wanita Ketika Beribadah

Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.


Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)


Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)


2) Wanita dan azan


Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)


Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )


3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.


Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)


Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )


Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan


فرع : صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )

Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )



Kesimpulan


Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-


1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)


Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.


Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.


" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.


Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.


Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ
Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.


Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.


Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )


Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )


Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.


Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.


Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.

BANTAHAN KEPADA ARTIKEL

Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.


Hadith ini adalah seperti berikut :-


عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335


Dalam riwayat lain :

عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا

ُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"


Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-

1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.

2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas


"وليستا بمغنيتين"

Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-

معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به

Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)


3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-

وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن

Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)


4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-


قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ

Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)

قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ

Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )


Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-


لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب

Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)


Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.

Read more


harmonity segenggam tabah

Assalamualaikum w.b.t

Salam "satu harmoni satu jiwa" sua kembali,kawan-kawan yang dihormati,kami kumpulan harmonity ucapkan jutaan terima kasih buat kawan-kawan serta ahli saudara harmonity sendiri kerana memberi semangat dan kata-kata pemangkin semangat,buat kami kumpulan nasyid universal.dengan pembaharuan kami insyallah kami akan terus melakar satu persatu cabaran bagi membuka ruang baru,supaya cita-cita akan termakbul.

untuk pengetahuan kawan-kawan dan ahli-ahli saudara saudara harmonity,anggota kumpulan kami kini seramai 3org. walaupun hanya 3 orang tetapi kami akan teruskan perjuangan,konsep yang kami bawak bukan sekadar bernasyid kami juga universal 2 dalam 1,konsep tetap sama (berdakwah) tetapi kami bebas hendak membawa lagu-lagu yang bakal kami alunkan insyallah.

kami harmonity telah tubuhkan saudara harmonity untuk tujuan program-program,kerja amal,perunding motivasi,kem motivasi dan lain-lain. ini bertujuan bagi merapatkan lagi ukhwah bersama masyarakat,malah saudara harmonity ini juga bukan program semata tetapi melahirkan pemimpin dan fasilitator yang berkembang maju dan sejauh mana kemampuan diri untuk ditunjulkan dalam ciri kepimpinan dan lain-lain

Akhir kalam,teruskan memberi sokongan dan kami harapkan dengan kehadiran kami dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap dunia hiburan...

terima kasih

Read more


Fitrah yang menjadi fitnah..!!


Cinta adalah satu termenologi yang hebat kerana mampu memberi pelbagai impak dalam hidup manusia...semua akan tertarik dan teruja apabila mendengar ttg cinta tidak kira ceramah mahupun drama dan novel...saya yakin semua insan mempunyai nostalgia dan pengalaman masing2 ttg cinta tidak kira lah di bangku tadika mahupun ketika di bangku universiti..ada orang kata cinta itu indah dan manis, ada juga orang yg kata cinta itu durjana dan pahit...betapa hebatnya cinta sbg fitrah dlm hidup kita...anugerah Allah S.W.T...
Menyentuh soal cinta dan perasaan, saya lebih suka melontarkan persoalan2 yg bermain di minda setelah sekian lama..pernahkah kita terfikir sama ada cara komunikasi antara muslimin dan muslimat yg telah lama di amalkan oleh segelintir manusia diredhai oleh Allah...bagaimana pula dgn cara kita bermain sms...jika ditekankan dgn lebih mendalam dalam hal sms dan bercakap dgn muslimin dlm handset...kita spt mrk sdg berkhalwat jika tiada kawan di sisi...yg membezakannya adalah mrk berkhalwat di alam maya...itu tdk di ambil kira lagi dgn kelunakan suara dari muslimat, suasana yg kelam yg merangsang emosi semasa bercakap....gelak ketawa dalam gurauan...nauzubillahi min zalik...pernahkah kita terfikir..atas dasar apakah kita berkominakasi dan topik apa yg kita bualkan....sesungguhnya Allah sentiasa melihat anak2 adam tdk kira di mana mrk sekalipun...adakah kita cukup muslimah dan muslimin yg wara' dgn hanya memakai jilbab yg labuh dan kopiah putih???....marilah kita sama2 muhasabah diri semua...kenapa kita lebih suka pada perkara yg dimurkai Allah dan meletakkan hukum Allah sbg perkara yg ringan dalam hidup kita....
Apabila kita menghadapi masalah cinta..ramai yg mengatakan diri mrk tidak mampu untuk menahan dan tak mampu terima ujian ini...jalan yg mrk ambil adalah mengikut api syaitan....Couple jika tak tahan....menghalalkan yg haram dan menggunakan pelbagai hujah dan ayat untuk menampakkan ia halal pada mata manusia...tapi sedarlah hakikatnya ia tetap haram di pandangan Allah....tidak mahu tidak...setiap manusia akan sampai pada tahap kegatalan yg tinggi iaitu ingin dicintai dan mencintai...semua itu adalah ujian Allah yg berbentuk lahiriah setelah kita sempurna dari sudut zahir di pandangan Allah...tidak betul jlnnya jika kita menafikan kegatalan kita itu...tapi kita sepatutnya berhadapan dgn masalah itu dan bergantung pada Allah untuk memberi hidayah bagi mengatasinya...mengikut corak yg Allah redhai...ketuk hati..tanya Iman...jagalah cinta yg telah Allah halalkan untuk kita..jgnlah kita curahkan cinta sewenang2nya pada yg haram...jika tidak dapat menahan gelora cinta...ikutlah cara yg Allah tetapkan...agar tidak rosak asal keturunan adam dan hawa... letaklah cinta Allah seluruh hati dan hidupmu...maka Allah akan letakkan cinta hamba yg soleh dalam hatimu dan hatinya...bersama cintaNYA...

Read more


Was-was Bisikan Syaitan

(١) عن أبى هريرة رضى الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا وَجَدَ أحَدُكُمْ فِى بَطْنِهِ شَيْئًا فَأشْكَلَ عَلَيْهِ: أخَرَجَ مِنْهُ شَيْئٌ أمْ لاَ؟ فَلاَ يَخْرُجُ مِنَ الْمَسْجِدِ حتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْيَجِدَ رِيْحًا (رواه مسلم)

(٢) عن عبدالله بن عمرو: أن رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مرَّ بِسَعْدٍ وهو يَتَوَضَّأَ فَقَالَ: لاَ تُسْرِفْ، يَا رَسُوْلُ الله أوْ فِى المَاءِ إِسْرَاف؟ قال نَعَمْ، وَاِنْ كُنْتَ عَلَى نَهْرٍجَارٍ

(٣) عن أبى بن كعب ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلْوُضُوْءِ شَيْطَانًا يُقَالَ لَهُ: الوَلْهَانُ فَاتَّقُوْا وَسْوَاسَ الْمَاءِ (رواه الترمذى)


Terjemahan:

1. Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Jika salah seorang dari kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya (terasa seperti kentut) lalu ia ragu, apakah keluar atau tidak? Maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suaranya ataupun mencium baunya”.

[HR Muslim]


2. Dari Abdullah Bin ‘Amr (ra) bahwasa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) melalui Sa’ad yang sedang wudhu’, lalu beliau bersabda: “Jangan berlebih-lebihan”. Sa’ad bertanya: Ya Rasulullah, apakah pada air juga ada berlebih-lebihan (israaf)? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam): Betul (ada), walaupun kamu sedang berada di sungai yang sedang mengalir.

[HR Imam Ahmad]


3. Dari Ubay Bin Ka’ab (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya bagi wudhu’ ada syaitan yang dipanggil Walhaan oleh sebab itu takutlah kamu daripada was was air.

[HR Tarmidzi]




Mukaddimah:

Syaitan adalah musuh umat manusia untuk selama-lamanya. Berbagai usaha dijalankannya untuk memesongkan manusia dari jalan yang lurus. Malahan tiada satupun perintah Allah SWT kecuali dia pasti berusaha untuk menyelewengkannya, samada agar manusia taqshir (tidak melaksanakannya) ataupun ghuluw (melaksanakannya secara berlebih-lebihan). Jadi manusia yang ghuluw dalam beragama sangat mudah diserang oleh waswas. Dan ketahuilah bahwa waswas itu datangnya daripada syaitan.



Makna Waswas:

Imam Ibnul Qayyim berkata: WASWAS ialah sesuatu yang halus masuk ke dalam diri kita samada tanpa suara ataupun melalui suara lembut yang tidak boleh didengar kecuali oleh orang yang dimasukinya. (tafsir Al-Qayyim, hal. 600)



Penjelasan:

Di antara cara syaitan memesongkan manusia dari jalan yang lurus ialah dengan memasukkan waswas ke dalam diri orang tersebut seperti dalam urusan bersuci (thaharah), solat dan lain-lain ibadah sehingga mereka terkeluar dari cara yang telah digariskan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam).

Malahan lebih daripada itu, mereka mendakwa kononnya apa yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasul (sallallahu alaihi wasalam) belum sempurna dan masih perlu kepada beberapa penambahan. Akhirnya berkumpullah pada manusia jenis ini antara: Sangkaan yang buruk, keletihan dan kehilangan atau pengurangan ganjaran pahala.

Tidak diragukan lagi bahwa SYAITAN lah yang menjadi pendorong utama WASWAS. Orang yang waswas sebenarnya telah patuh dan ta’at kepada syaitan karena mereka menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Dan sebaliknya tanpa disedari berarti mereka telah benci kepada sunnah Rasul (sallallahu alaihi wasalam).

Sungguh banyak hadis sahih yang menjelaskan cara wudhu dan mandi Rasul (sallallahu alaihi wasalam). Baginda pernah mandi bersama Aisyah (ra) dengan kadar air yang sangat sedikit. Dan Baginda juga pernah berwudhu’ dengan memasukkan tangannya ke dalam bekas untuk madhmadhah (berkumur-kumur) dan istinsyaaq (memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung). Baginda menyapu telinganya ketika wudhu’ dengan bekas air menyapu kepalanya.

Kalaulah ada di antara kita yang melakukan seperti yang dilakukan oleh Rasul di atas niscaya orang yang waswas akan menghukumkan wudhu’ dan mandi kita tidak sah. Mereka gunakan bermacam alasan untuk menguatkan pandangan mereka, kononnya di zaman Rasul air sedikit, itu khas untuk Rasul, air itu menjadi musta’mal dan lain-lain lagi.

Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) melarang kita TASYDID dalam urusan agama. Tasydid maknanya menyusah-nyusahkan diri. Tasydid dalam urusan agama ada dua jenis, iaitu:

1. Tasydid Bisy Syara’ (menyusahkan diri dengan menetapkan sesuatu) seperti bernazar dengan sesuatu yang berat.

2. Tasydid Bil Qadar (menyusahkan diri dengan kadar atau ukuran) seperti yang dilakukan oleh orang yang waswas.



Orang yang waswas telah menyiksa diri mereka sendiri. Kadang-kadang dengan basah kuyup bila berwudhu’, terkadang dengan menggunakan air yang berlebih-lebihan, terkadang dengan gosokan yang kuat, terkadang dengan memasukkan air ke dalam mata sehingga memudaratkan mata, terkadang memasukkan telunjuknya ke lobang duburnya ketika mandi junub dan lain-lain.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali, tetapi aku ragu: Adakah sah mandi mandi saya atau tidak? Bagaimana pendapat tuan syekh dalam perkara ini? Lalu syekh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib salat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syekh: Karena Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda:



“Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia bangun (sadar) dan kanak-kanak sehingga dia baligh”.



Dan orang yang menyelam di dalam air beberapa kali, lalu dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.



Contoh Lain Waswas Dalam Ibadah:

1. Waswas berniat ketika takbiratul ihram.

Niat adalah maksud dan azam untuk melakukan suatu pekerjaan. Para fuqahaa (ahli fekah) telah sepakat bahwa tempat niat adalah di dalam hati dan tidak ada kaitannya dengan lisan. Oleh itu tidak ada keterangan dari Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat berbuat demikian. Melafazkan niat pada permulaan bersuci dan solat adalah rekaan baru yang telah banyak menyiksa manusia dan menjerumuskan mereka ke dalam kancah waswas syaitan. Dan karena terlalu memperturutkan waswas memasang niat dalam takbir akhirnya selain menyiksa dirinya, mengganggu kekhusyu’an orang lain, juga membuat ia luput dari ganjaran yang banyak.



2. Waswas ketika mandi junub dan wudhu

Selain menggunakan air terlalu banyak yang boleh membawa pada hukum tabzir (membazir), melebihi bilangan tiga kali ketika membasuh atau menyapu anggota wudhu, berwudhu’ berulang kali sehingga basah kuyup.



3. Waswas ketika mengeluarkan makhraj huruf

Waswas jenis yang boleh membatalkan solat seperti: Perkataannya pada Attahyaat: At-at-at, Attahy Attahy; pada Salam: As-As-As; pada takbir: Ak-k-k-k-k-bar. Orang yang terlalu memperturutkan waswas jenis ini kadang-kadang sampai mengeluarkan kahak ketika menyebut huruf ‘kha’ (خ) dan menyemburkan air ludahnya ketika menyebut ‘dhad’ (ض). Begitu juga orang yang waswas suka membaca dengan suara kuat (jahar) walaupun dalam solat yang sepatutnya perlahan (sirr) sehingga mengganggu kekhusyu’an orang lain. Padahal Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) tidak berbuat demikian. Dalam satu riwayat dikatakan bahwa baginda dikesan sedang membaca hanya dari gerak janggotnya.



4. Waswas dengan najis

Semua permukaan bumi dan tanah pada asalnya adalah bersih sehingga ada bukti padanya ada najis. Tetapi orang yang waswas tidak akan solat kecuali ada sajadah atau tikar sebagai lapik (alas). Mereka tidak tayamum kecuali dengan debu tanah yang sudah digonseng atau dipanaskan. Dan karena terlalu memperturutkan waswas ini akhirnya ia lebih rela meninggalkan solat daripada melakukannya dalam keadaan waswas. Dia lebih suka mentaati syaitan daripada mentaati Allah dan RasulNya. Termasuk juga dalam bab ini najis yang sedikit.




Cara Mengubati Waswas:

Cara yang paling berkesan untuk mengobati penyakit waswas ialah: Ittiba’ur Rasul (mengikut cara Rasul).

Setiap muslim dan muslimat mesti yakin sungguh-sungguh tanpa ragu sedikit pun bahwa segala ajaran Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) adalah paling sempurna. Tidak ada cara dan ajaran manapun yang boleh mengatasi kesempurnaan ajaran baginda. Jika muslim muslimat masih meragukan hakikat ini maka syahadatnya rosak.Dan jika kita selidiki amalan Rasul (sallallahu alaihi wasalam) ternyata sangat mudah dan tidak menyusahkan. Bagi kita Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) sajalah orang yang paling layak untuk kita contohi untuk menundukkan musuh utama umat manusia iaitu syaitan, bukan dari sumber lain.

Read more


Kalam buatmu sahabat..


::JIHAD::

Sahabat,Berjanjilah pada diri ini agar dirimu berjuang di medan ini..Membawa kemanisan iman, cinta dan jihad abadi..Lalu mengukir sebuah da’wah untuk menghidupkan deen Illahi..Biar dirimu mati dalam perjuangan kerana kau islam sejati..Biar rebah jasadmu kerana kau syahid insani..Biar puas sanubari kerana cintamu telah terbukti..Dan kau masih berdiri dengan memandang setiap ummah..Walaupun langkah dan nafasmu kadangkala lemah,Meniti setiap seru pejuang AllahMengikat ukhuwah,lantas membawa pulang fisabilillah yang tabah…Sahabat,tsabatlah dalam perjuangan kerana itu yang akan kita bawa dihadapan Tuhan..Hidup ini tidak lama..Penuhkanlah dengan episod perjuangan..

Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan. Gundah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan. Begitu juga dengan persahabatan.. Walau perit mana pun perjuangan & persahabatan, sesukar mana pun perjalanan, kita pejuang dalam persahabatan, tabahkan hati, kita mujahid, kuatkan diri, kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam.. nahnu jundullah!

Wahai diri, kau bukan orang biasa, yang telah Allah pilih untuk berada di jalan ini.. Yang telah Allah beri kudrat untuk memikul amanat, beban dakwah terletak dipundakmu.. Kau bukan orang kerana menanggung rindu membuat jiwamudibisik kenangan indah yang shahdu.. Pastinya damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbir segala2nya dengan sia2.. usah sekali merasa gentar, kerana kau bukan seorang, ada aku, dia dan mereka.. dan yang paling utama.. kau ada Dia.. Allah Yang maha Kuasa.. ALLAHUAKBAR!! -kakak

::WANITA::

Wanita beriman ibarat kelopak mawar, usah biarkan ia tercemar dek kumbang, tapi biarlah ia layu, sujud di bumi akur pada fitrahnya Pencipta Teragung, itulah sebaik2 wanita..

Wanita solehah tidak perlu berkata-kata dia solehah, cukup sekadar pekerti mulianya yang akan membuat orang terfikir betapa agungnya Allah yang menciptakan dia sebagai wanita..

::CINTA::

Hati orang mukmin itu tenang bila dia dilambung ombak ujian, kerana dia yakin mehnah itu kafarah, berasa bangga bila diuji, kerana baginya Allah sedang mengingatinya, berbicara dengannya lantas mempamerkan kasih cinta sang 'PENGUJI'.

Ya Tuhan, jika cinta adalah ketertawanan, tawanlah aku dengan cinta kepadaMu, agar tiada lagi yang dapat menawanku.. Ya Allah, jika rindu adalah rasa sakit, yang tak menemukan muaranya, penuhilah rasa sakitku dengan rindu kepadaMu, dan jadikanlah kematianku muara untuk bertemu denganMu ya Allah.. Hatiku hanya cukup untuk satu cinta, jika aku tak dapat mengisinya dengan cinta kepadaMu, kemanakah wajahku hendak ku sembunyikan dariMu?...

::MUHASABAH::

Di saat ibumu tertidur lelap, cuba kamu pandangi dia dalam2.. dan bayangkan matanya tak akan terbuka lagi untuk selamanya.. tangannya tak mampu lagi untuk menghapus air matamu.. dan tidak ada lagi nasihatnya yang selama ini sering kita abaikan.. Bayangkan ibu kamu sudah tiada.. dan apakah kamu sudah mampu membahagiakannya..?? Yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu.. Apakah kamu pernah berfikir betapa besarnya pengorbanannya?? - Sahabat

Ketika kita takut pada Allah, maka bangsa2, dan orang2 yang jahat dan para penentang akan takut pada kita.. tapi, ketika kita tidak takut pada Allah, Allah akan menjadikan kita takut pada mereka... JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU.. -Sahabat

Tidak akan ada kedamaian bila iman telah hilang.. Tak ada dunia bagi yang tidak menghidupkan agamanya.Siapa yang suka hidupnya tanpa agama maka jadilah dunia fana sebagai sahabatnya... -Sahabat-

::AMAR MAARUF NAHI MUNKAR::

Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang menyeru / mengajak ke jalan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala orang yang menurutnya dengan tak mengurangi sedikitpun pahala daripada pahala mereka dan sebaliknya sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah dia menanggung dosa sebanyak dosa orang yang menurutnya dengan tak mengurangi sedikitpun dosa daripada dosa-dosa mereka (riwayat muslim, abu daud dan tirmizi)- Sahabat

Read more


Sesi taaruf bersama sahabatharmonity

Assalamualaikum...
Kumpulan Harmonity akan mengadakan pertemuan pertama bersama 'sahabatharmonity' pada malam ini atau lebih tepat lagi dikenali sebagai sesi taaruf..Pertemuan akan diadakan di Fakulti Pendidikan (FSP) mengikut tentatif berikut:

Tarikh : 8 Febuari 2010.
Masa : 8.30 mlm (selepas solat Isya').
Lokasi : UNISEL Bestari Jaya (BK 18,BK 19 dan BK20).

Marilah kita bersama-sama menyertai pertemuan ini agar ukhwah di antara kita dapat dieratkan lagi.اخوه فى الله ابدا ابدا .wassalam..

Read more

Cari Blog Ini

PENGUNJUNG

~Santapan Rohani~

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

كم الساعة الآن ؟


..Alunan jiwa..

Salam taaruf..salam kasih mesra..

Foto saya
Malaysia
Kumpulan nasyid 'harmonity' ini ditubuhkan pada 31.12.2009,terdiri daripada 3 ahli kumpulan Aliff,Awie,Aiman.Kami bukan bernasyid semata-mata kami universal..bebas tetapi tetap ada unsur dakwah,sokonglah kami duhai sahabat agar kami terus bangun dalam menongkah arus persada seni nasyid.

Rabithah Harmonity


ShoutMix chat widget

Sahabat

Web hosting for webmasters