Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).
Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?
Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:
Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).
Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).
Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).
Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).
Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).
Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.
Berkata Saidina Umar al-Khattab:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).
Read more
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
Read more
// //
//

Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.
1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.
2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.
3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’
4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.
Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.
Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.
Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:
“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”
Dan beliau juga menyebut:
“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”
Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.
Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.
Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.
Read more
emm pejam celik sudah penghujung bulan 1...apakah perancangan Anggota harmonity...setakat nie kami masih
Read more
28 Januari 2010
// //
//
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Read more
// //
//

salam hormat dan salam perpaduan..kami anggota harmonity berasa bersyukur kerana sepanjang cita-cita kami dibeku sekian lama dan berbagai dugaan kami perolehi akhirnya kami dapat menarik 2 org anggota baru didalam harmonity.kami telah merangka blog,facebook,email untuk kawan2 mengenali anggota harmonity.dan kami insyallah akan membuat single lagu terbaru kami,yg masih dirangka dan mencari melodinya.jika teman yang sudi berkongsikan idea serta pandangan dialu2kan.dengan segala haormat dipersilakan.
dan kami harmonity telah membuat logo baru..bagi tujuan surat menyurat,untuk dicetakkan di baju koprat dan sebagainya...insyallah kami harmonity akan terus usaha dan usaha untuk menaikkan industri nasyid tanah air..
perinsip kami ialah "satu harmoni satu jiwa"
yang menaikkan kami harmonity ialah semangat berpasukan dan tiada konsep persalah fahaman,kami memegang slogan satu harmoni satu jiwa bg menaikkan semangat serta jiwa kami selaku anggota nasyid.
wassalam
Read more
anda berminat untuk berkongsi serta pengalaman anda dalam penyampaian nasyid..bolehlah menghantarkan email di:
dan jika ada sebarang aduan,cadangan dan mahupun ingin tahu perkembangan HARMONiTY bolehlah menghantar ke email ataupun kealamat saudara harmonity yang tertera dibawah..
http://saudaraharmonity.blogspot.com(blog)
sharmonity@yahoo.com(email/ym)
afwan...
wassalam....
Read more
salam kepada semua pembaca laman blog saudara harmonity...sebelum ini kami bertiga tetapi kini telah bersua kepada 5 ahli anggota kumpulan yang diketuai oleh Aliff,Aiman,Zahir,Awie,Hisyam...ahli anggota baru adalah saudara awie dan saudara hisyam.emmm jika tidak dikenalkan maka tiadalah perasaan cinta kepada teman-teman ataupun ikon harmonity atau saudara harmonity.
alhamdulillah kami telah tamat program berta'aruf yg berlansung di asrama damai di (kuang)...kami berempat (aliff,awie,zahir,hisyam) telah membuat persembahan ala kadar biasa, dan suasa menjadi harmoni dan tiada yang suramnya...fuhh sambutan yang menggalakkan kerana adik2 serta serata penghuni asrama damai dapat melihat harmonity...membuat persembahan dan sedikit ta'aruf,dan kami harmonity secara rasminya mengambil anak-anak yatim di asrama damai...selaku tempat kami curahkan bakti serta ahli-ahli baru saudara harmonity.
insyallah HARMONiTY akan terus membangun bagi diulit impian yg terkubu sebelum ini.. kami akan membuka ruang pentas yang luas bagi memperkenalkan ahli kumpulan harmonity ...memberi dakwah berunsur lagu dan sebagainya...(insyallah)
afwan
wassalam...
insyallah....
Read more
ikon saudara HARMONiTY
ALIFF
AWIE
HISYAM
AIMAN
ZAHIR
Terima kasih kerana sudi menjadi salah seorang ahli jawatankuasa dalam SAUDARA HARMONiTY.Ini serba serbi senarai nama-nama ahli tetap mahupun jawatankuasa,SAUDARA HARMONiTY.Mana2 yang berminat boleh menghantar borang maklumat diri ke alamat kami harmoity...seperti (nama,umur,tempat belajar,no.talifon,alamat,jawatan yang pernah disandang disekolah/universiti dan lain-lain,yg boleh kami tapis untuk mana2 ahli yang berminat untuk menjadi salah seorang jawatankuasa saudara harmonity.
SAUDARI NURUL FARHANA BINTI JAMARI
SAURARI SITI FAZRINA BINTI BUNARI
SAUDARI NOOR AMODATUL ADILA BINTI ABD KADIR
SAUDARI SITI RAHAYU BINTI HJ MOHD YUSUFF
SAUDARI AISYAH @ RENI BINTI ROSLI
SAUDARI FATIMAH NURUL AIN BINTI MAZRI
SAUDARA GHAUTH ZAKWAN BIN MOHD
SAUDARA NURARSYAD BIN AKAL ALI
insyallah mana-mana ahli mahupun teman-teman yg ingin menjadi salah satu pengerak saudara harmoni bolehlah memberi nama kepada kami di alamat email yang tertera dibawah.
sharmonity@yahoo.com (email/ym)
Read more
Insyallah...akan menyusul satu program yang julur kalinya dibuat oleh saudara harmonity...bertempat di asrama damai (kuang) kuala selangor.selain itu program-program yang saudara harmonity selitkan ialah seperti berikut:
1.latihan dalam kumpulam (LDK)
2.sesi ta'aruf bersama kumpulan harmonity
3.persembahan nasyid
dan lain-lain
tarikh masih dibincangkan,mana2 yang sudi ingin membantu untuk menjayakan program ini boleh la memberi nama di comment saudara harmonity.
wassalam
Read more

sama-sama basmi gejala pendedahan aurat ini....pesanan dari saudara HARMONiTY
Read more





SATU SAUDARA, SATU MATLAMAT,SATU MISI,SATU DAYA IDEA KAMI...MENYEMBAH DIA YANG SATU SUDAH PASTI... CETUSKAN SUASANA HARMONI DAN SUASANA INTELEKTUAL....INILAH HALA TUJU ANGGOTA NASYID....(HARMONiTY)
INSYALLAH, kami HARMONiTY akan terus berjuang dan berjuang untuk mencapai sasaran kami sebagai pendakwah dan penghibur nasyid. Bukan semata menghibur dalam suasana tangkap lagu,kita juga insyallah mampu selitkan beberapa budaya seperti sifat-sifat sahsiah yang terpuji,sifat hormat menghormati,sifat amanah dan jujur dan lain-lain.Kami juga akan cuba perkembangkan nilai penerapan dari segi program-program motivasi & program-progam amal bakti agar remaja-remaja tidak melakukan perkara yang sia-sia dan menglalaikan diri-sendiri.Ini untuk kita semua muhasabah diri agar lebih kita takut akan Allah...amal yang baik,hindarkan yang buruk.
Akhir kalam jika ada sebarang comment mahupun cadangan boleh la hantar ke alamat email saudara HARMONiTY. (http://saudaraharmonity.blogspot.com)/ sharmonity@yahoo.com
WASSALAM
Read more
HARMONiTY
Tanggal 31.12.2009 kata lafaz dari saudara Aiman kepada abg-abg UNIC berhasrat untuk menubuhkan kumpulan yang dipersetujui oleh Aliff & Zahir telah didengar oleh abg-abg UNIC dan saudara pengurus UNIC iaitu Abg Isma.kami bukan menaung,kami bergerak sendiri,tapi dalam satu masa yang sama kita bertanyakan pendapat dan ilmu serba sedikit untuk kami membangunkan dalam lirik,diri-diri HARMONiTY dan bagaimana kami ingin perkembangkan nasyid kami kumpulan HARMONiTY.
impian yang terbeku lama,akhirnya telah dipecahkan,kami yang sendiri menubuhkan ahli anggota nasyid HARMONiTY sebagai pengerak dalam industri nasyid tanah air,kami berterima kasih kepada saudara kumpulan UNIC dan saudara Abg Isma kerana memberi peluang untuk kami HARMONiTY berkongsi pengalaman abg-abg UNIC dan tunjuk ajar dari mereka.HARMONiTY terdiri daripada saudara Aliff, saudara Aiman,saudara Zahir,saudara hisyam,saudara awie yang menjadi tulang belakang dalam menubuhkan HARMONiTY dan bergerak dalam menyampaikan dakwah.
langkah ini tidak semua orang dapat jika tiada kesungguhan dalam diri...semalam kami kecewa,semalam kami menjalar ketabahan...mimpi yang sering bermain...langkah ini akhirnya berjaya diharungi...disini bermulalah langkah untuk berbuka mata...selain itu menguji keimanan serta menguji ketabahan insan dalam menyampaikan dakwah dari segi penyampaian lagu...sama2 kita bangkit untuk menuju ke jalan yang direhda Allah...kerana kami harmonity insan yang tidak lengkap...insan manusia yang juga pernah membuat kesilapan.jadi suluhan cahaya dan langkah yang kami harungi dapatlah kami berkongsi dengan teman-teman yang lain.
Insyallah kami akan terus usaha naikkan industri nasyid tanah air...dan bukan semata-mata berhibur...kami menyampaikan isi-isi yang bermakna yang perlu diterapkan dalam diri kami (harmonity) serta kawan-kawan...dan sama2 kita muhasabah diri..insyallah...doakan kerjayaan kami
HARMONiTY....harmonity....HARMONiTY
(aliff) (aiman) (zahir)
Read more