
::JIHAD::
Sahabat,Berjanjilah pada diri ini agar dirimu berjuang di medan ini..Membawa kemanisan iman, cinta dan jihad abadi..Lalu mengukir sebuah da’wah untuk menghidupkan deen Illahi..Biar dirimu mati dalam perjuangan kerana kau islam sejati..Biar rebah jasadmu kerana kau syahid insani..Biar puas sanubari kerana cintamu telah terbukti..Dan kau masih berdiri dengan memandang setiap ummah..Walaupun langkah dan nafasmu kadangkala lemah,Meniti setiap seru pejuang AllahMengikat ukhuwah,lantas membawa pulang fisabilillah yang tabah…Sahabat,tsabatlah dalam perjuangan kerana itu yang akan kita bawa dihadapan Tuhan..Hidup ini tidak lama..Penuhkanlah dengan episod perjuangan..
Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan. Gundah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan. Begitu juga dengan persahabatan.. Walau perit mana pun perjuangan & persahabatan, sesukar mana pun perjalanan, kita pejuang dalam persahabatan, tabahkan hati, kita mujahid, kuatkan diri, kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam.. nahnu jundullah!
Wahai diri, kau bukan orang biasa, yang telah Allah pilih untuk berada di jalan ini.. Yang telah Allah beri kudrat untuk memikul amanat, beban dakwah terletak dipundakmu.. Kau bukan orang kerana menanggung rindu membuat jiwamudibisik kenangan indah yang shahdu.. Pastinya damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbir segala2nya dengan sia2.. usah sekali merasa gentar, kerana kau bukan seorang, ada aku, dia dan mereka.. dan yang paling utama.. kau ada Dia.. Allah Yang maha Kuasa.. ALLAHUAKBAR!! -kakak
::WANITA::
Wanita beriman ibarat kelopak mawar, usah biarkan ia tercemar dek kumbang, tapi biarlah ia layu, sujud di bumi akur pada fitrahnya Pencipta Teragung, itulah sebaik2 wanita..
Wanita solehah tidak perlu berkata-kata dia solehah, cukup sekadar pekerti mulianya yang akan membuat orang terfikir betapa agungnya Allah yang menciptakan dia sebagai wanita..
::CINTA::
Hati orang mukmin itu tenang bila dia dilambung ombak ujian, kerana dia yakin mehnah itu kafarah, berasa bangga bila diuji, kerana baginya Allah sedang mengingatinya, berbicara dengannya lantas mempamerkan kasih cinta sang 'PENGUJI'.
Ya Tuhan, jika cinta adalah ketertawanan, tawanlah aku dengan cinta kepadaMu, agar tiada lagi yang dapat menawanku.. Ya Allah, jika rindu adalah rasa sakit, yang tak menemukan muaranya, penuhilah rasa sakitku dengan rindu kepadaMu, dan jadikanlah kematianku muara untuk bertemu denganMu ya Allah.. Hatiku hanya cukup untuk satu cinta, jika aku tak dapat mengisinya dengan cinta kepadaMu, kemanakah wajahku hendak ku sembunyikan dariMu?...
::MUHASABAH::
Di saat ibumu tertidur lelap, cuba kamu pandangi dia dalam2.. dan bayangkan matanya tak akan terbuka lagi untuk selamanya.. tangannya tak mampu lagi untuk menghapus air matamu.. dan tidak ada lagi nasihatnya yang selama ini sering kita abaikan.. Bayangkan ibu kamu sudah tiada.. dan apakah kamu sudah mampu membahagiakannya..?? Yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu.. Apakah kamu pernah berfikir betapa besarnya pengorbanannya?? - Sahabat
Ketika kita takut pada Allah, maka bangsa2, dan orang2 yang jahat dan para penentang akan takut pada kita.. tapi, ketika kita tidak takut pada Allah, Allah akan menjadikan kita takut pada mereka... JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU.. -Sahabat
Tidak akan ada kedamaian bila iman telah hilang.. Tak ada dunia bagi yang tidak menghidupkan agamanya.Siapa yang suka hidupnya tanpa agama maka jadilah dunia fana sebagai sahabatnya... -Sahabat-
::AMAR MAARUF NAHI MUNKAR::
Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang menyeru / mengajak ke jalan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala orang yang menurutnya dengan tak mengurangi sedikitpun pahala daripada pahala mereka dan sebaliknya sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah dia menanggung dosa sebanyak dosa orang yang menurutnya dengan tak mengurangi sedikitpun dosa daripada dosa-dosa mereka (riwayat muslim, abu daud dan tirmizi)- Sahabat
1 comments to "Kalam buatmu sahabat.."
Cari Blog Ini
~Santapan Rohani~
كم الساعة الآن ؟
..Alunan jiwa..
Salam taaruf..salam kasih mesra..
- ~HARMONiTY~
- Malaysia
- Kumpulan nasyid 'harmonity' ini ditubuhkan pada 31.12.2009,terdiri daripada 3 ahli kumpulan Aliff,Awie,Aiman.Kami bukan bernasyid semata-mata kami universal..bebas tetapi tetap ada unsur dakwah,sokonglah kami duhai sahabat agar kami terus bangun dalam menongkah arus persada seni nasyid.
Rabithah Harmonity
Sahabat
Blog Archive
Label
- JKH saudara harmonity (2)
- iklan harmonity (2)
- kata bimbingan (5)
- nasyid tanah air (4)
- perkenalan saudara harmonity (1)
- program amal saudara harmonity (2)
- ucapan aluan (1)





ayunaariffin says:
Masyaallah tabarakallah Terima kasih